9 Bulan...Suatu tempoh yang aku dan suami nanti-nantikan...Alhamdulillah dengan setiap kurniaan yang hebat dari Sang Pencipta telah lahir ulama' sulung kami Muhammad Umar Saiyaf Bin Amir Saiyaf.
Ya....suatu saat yang tidak mungkin akan aku lupakan. Melahirkan seorang khalifah sebagai amanah dariNya. Tidak terungkap kata-kata untuk digambarkan bagaimana perasaan yang melanda sebaik sahaja aku mendengar tangisan pertama ulama' kecilku di dalam labour room pada waktu subuh itu.
Sebaik melahirkan, doctor terus meletakkan tubuh kecil itu di atas badan ku. Terketar-ketar kesejukan pertama kali berada di alam dunia, lantas aku terus memeluk tubuh kecil itu. Kedengaran ucapan Alhamdulillah yang tidak henti-henti dari mulut si dia....si pencinta dunia akhirat. Ku lihat wajahnya tersenyum dengan disulami air mata penuh kesyukuran.
Terimbas kembali saat-saat sebelum melahirkan. Malam itu sakit yang ku rasa kian kerap. Aku memberitahu suamiku lantas si dia memegang erat tangan ku sebagai penguat sedikit sebanyak mehilangkan sakit yang di alami.
" Sayang, kalau tak tahan sangat malam ni abang terus hantar sayang ke hospital ya. Abang risau tengok sayang. "
Selang sepuluh minit, aku terus memberitahu suamiku untuk ke hospital memandangkan sakit yang dirasai kian memuncak. Mulutku mula menuturkan zikir dan istighfar kepadaNya. Moga sakit yang dirasai adalah sebagai salah satu kifarah buat penghapus dosa aku yang lalu.
Sesampai di hospital, suamiku terus memapah aku masuk ke dalam. Aku lihat kerisauan timbul di wajahnya.
" Abang, abang jangan risau ya. abang doakan yang terbaik untuk sayang dan anak kita. " aku menuturkan kata-kata semangat kepadanya.
2 jam menanti, aku mula merasakan sakit yang teramat. Doktor mula datang kepadaku dan menjerit kerana melihat kepala anakku sudah keluar sedikit. Dengan segera dia terus menolak aku di atas katil masuk ke labour room.
Saat itu, aku hanya meletakkan sepenuh jiwa ragaku kepadaNya kerana kepadaNya jualah aku akan dikembalikan. Aku mula memasang niat jika aku mati saat melahirkan khalifah ini, biarlah matiku ini sebagai mati syahid.
Aku memanggil, di mana suamiku. Lantas doctor terus memanggil suami ku yang sedang menunggu di luar untuk masuk menemaniku bersama-sama. Terasa hangat saat suamiku memegang erat tanganku, membisikkan kata-kata semangat di telingaku. Entah macam mana aku merasakan satu semangat yang kuat tiba-tiba hadir dan dengan beberapa kali teran sahaja lahirlah ulama' kecilku tepat jam 3.10 pagi, Sabtu, 10 MEI 2014.
Alhamdulillah....
Kini, Muhammad Umar Saiyaf menjadi permata hati ibu dan ayah. Ya Allah jadikan anankku ini seorang anak yang soleh, yang mentaati perintahMU dan perintah RasulMu. Moga anakku ini menjadi seorang anak al-Hafiz yang genius. Menjadi seorang ulama' yang menegakka agama Islam. Moga anakku ini menjadi penyejuk mata penawar hati ibu dan ayahnya. Permudahkan segala urusan hidupnya, luaskan pintu rezeki hidupnya dan kurniaan kejayaan yang terbaik dalam hidupnya. Amiinnn......