Sunday, 23 June 2013

....Natijah itu....

Setelah hampir sebulan aku bertarung di MEDAN PERJUANGAN....kini aku kembali ke Cairo dengan perasaan yang berkobar-kobar cerianya. Tak sabar menanti detik pulang ke rumah di sambut oleh suami tercinta. Akhirnya kami selesai dengan perjuangan ini dan hanya menantikan NATIJAH ITU.

    Tepat jam 10 pagi suami ku tiba di rumah sewa ku di Mansourah untuk membawa ku pulang. Sebolehnya aku ingin pulang sendiri, akan tetapi kerisauan yang terlalu melanda dalam diri suami ku membuatkan aku akur dengan keputusannya untuk mengambil ku pulang. Aku lihat ada sifat penyayang dalam dirinya di situ sebagai suami. ^_^




  Memandangkan aku ada lepasan pelajar yang memegang Diploma Tahfiz Al-Quran Dan Syariah Islam sewaktu di Maahad dahulu, ramai yang bertanya "eh, boleh ke bertukar bidang yang lain?" Soalan itu telah lama bermain di benak fikiran suatu ketika dulu. Namun, aku telah dapatkan jawapannya sekarang.

   Di mana jua kita berada, kita pasti akan menghadapi suatu detik yang tidak pernah kita akan terfikir boleh menghadapi dan melakukannya. Sedangkan kita hanya mampu berfikir ketika itu " Mampukah aku?".....

Ya, jawapan aku adalah aku mampu kerana aku hanya berpegang pada suatu prinsip bahawa " Allah tak kan menzalimi hambanya sendiri". Aku yakin setiap apa yang kita dapat dan perolehi itulah yang terbaik untuk kita meski kita sendiri tidak yakin sepenuhnya dengan diri kita.
|


|=ÏGä. ãNà6øn=tæ ãA$tFÉ)ø9$# uqèdur ×nöä. öNä3©9 ( #Ó|¤tãur br& (#qèdtõ3s? $\«øx© uqèdur ׎öyz öNà6©9 ( #Ó|¤tãur br& (

#q6Åsè? $\«øx© uqèdur @ŽŸ° öNä3©9 3 ª!$#ur ãNn=÷ètƒ óOçFRr&ur Ÿw šcqßJn=÷ès? ÇËÊÏÈ   

#
 Kamu Diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara Yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.

(al-Baqarah : 216 )


    Pengharapan dengan tawakkal yang menggunug tinggi, itulah sebaik-baik hambanya yng beriman. Sentiasa bersangka baik dengan penciptaNya....Tidak kira di mana kita mahupun siapa jua kita, yakinlah setiap yang terjadi ada seribu satu hikmah yang terbaik untuk kita sedang kita sendiri hambanya yang lemah tidak akan menyangka ada yang terbaik pada masa akan datang.

Jangan dinantikan jawapan itu sekarang, akan tetapi hadapi lah ia terlebih dahulu dan pasti kamu akan mengetahuinya kelak.

Sebaik-baik pelajaran adalah pengalaman dalam hidup.

Alhamdulilah, Allah sudah nampakkannya untuk aku. Aku bersyukur dan redha dengan setiap pemberianNya yang tidak terhingga.

Meski ada pun yang kurang sempurna, jangan terus berputus. Jadikan setiap yang terjadi sebagai suatu ujian iman untuk kita. Berbangga dan bersyukur lah kerana kita masih lagi diuji kerana di situ merupakan suatu tanda yang kita masih disayangi olehNya.









Saturday, 22 June 2013

...Medan Perjuangan..280413

Detik berlalu..aku kini hampir memasuki pintu ke medan perjuangan. Entah apa yang ingin aku pertaruhkan. Berbekalkan senjata ilmu yang masih belum mencukupi untuk aku bertarung. Tinggal lagi 2 jam 30 minit.. Doa dan selawat akan jadikan setinggi tawakkal ku pada Nya buat penawar resahnya jiwa menunggu detik itu. Al-Quran tidak lekang di tangan ku. Taktala melihat jam, menghitung saat entah kenapa di rasakan begitu lambat sekali menunggu detik itu. Perut mula menunjukkan ragam tanda gemuruhnya jiwa yang kian menerjah. 

Tidak ku lupakan doa buat putera hati yang jauh di mata. Kini bersama-sama sedang bersedia menghadapi pertarungan yang sama tetapi medan yang berbeza. Aku mula menyarungkan jubah pagi itu, bersolekkan sedikit bedak sebagai make up yang tidak tebal buat penghias diri. Lantas, langkah kaki ini diteruskan menuju ke medan dengan penuh semangat meski hati penuh debaran tak siapa yang tahu. 


Sesampai di sana, ku lihat begitu ramai sekali pelajar. Berbeza seperti selalu, rupanya mereka jua sama seperti aku, masing-masing sedang menempuh fatrah perjuangan menentukan sejauh mana tahap ilmu yang telah dipelajari. Mata ku melilau-lilau melihat di mana tempat yang bakal aku bertarung sekejap sahaja lagi.


Arghh...di situ rupanya. Kulihat ramai kenalan-kenalan ku mulutnya tidaj berhenti terkumat-kamit mengulang ayat-ayat Al-Quran. Madah pertama yang bakal kami tempuh pada hari pertama peperiksaan Al-Quran Syafawi. Ya sememangnya bagi aku itulah madah yang killer buat diriku yang lemah dalam mengingati. Tapi, sedaya mungkin aku cuba untuk aku buktikan buat mereka yang aku sayang dan tidak sekali-kali aku akan kecewakan mereka yang menaruh harapan yang tinggi pada diriku sebagai seorang anak, isteri dan menantu.


Menanti giliran nama ku di panggil. Ku lihat kenalan-kenalan ku yang sudah selesai gilirannya keluar dengan muka yang tersenyum ceria. Apakah maksudnya itu? Ya Allah, kau buatkan aku lagi berdebar...maksud  apakah semua ini. Sesekali aku terdengar " Jangan risau soalan senang sangat-sangat dan in sha Allah semua boleh najah dalam madah ini. Dalam keaadan gelisah entah percaya atau tidak aku hanya menumpukan setinggi tawakkal buat Penciptaku dan memohon syafaat buat kekasih hati ku Rasulullah.


" Sti Syafiqah Shaharuddin, ta'al..." tersentak nama ku di panggil. Aku bangun menuju ke dewan dan masuk dengan memulakan bismillahirahmanirahim. Dalam sedar tak sampai 5 minit peperiksaan bagi madah hari itu habis. Alhamdulillah....aku boleh buat dengan baik sekali. Tapi aku tak boleh begitu yakin cuma setinggi tawakkal aku berserah. Cuma yang pasti, aku yakin aku dah buat yang terbaik. Soalan daripada sheikah sebentar tadi aku boleh jawab dengan lancar kesemuanya. Seakan tidak percaya, tapi bermula hari itu, semangat ku untuk menghadapi peperiksaan yang mendatang kian melonjak-lonjak. Tak sabar menanti hari seterusnya. 


Lantas, ku capai telefon dan orang pertama yang aku akan khabarkan kegembiraan ini dialah suamiku. Moga dirinya jua beroleh ketenangan dan kegembiraan seperti aku agar sentiasa bersemangat dan yakin dalam menghadapi MEDAN PERJUANGAN ini....




Kebergantungan kita kepada Allah sebagai hamba...itulah selayaknya bagi mereka yang benar-benar beriman dan bertakwa. Kalam suci dijadikan pegangan hidup di dunia dan penyuluh sinar di akhirat kelak. Jadikan aku dan seluruh umat Islam tergolong dalam kalangan hamba-hamabnya yang bertakwa dan beramal soleh. Ya Allah, berikanlah ganjaran ini buat ibu bapaku...anugerahkan mereka mahkota emas yang telah engkau janjikan...Kurniakan buat mereka darjat yang berpanjangan dalam merasai kemanisan SYURGA kelak.....amiinnn... Buat kedua mertuaku, terima kasih kerana sudi menerima aku sebagai menantu...Akan aku doakan buat kalian mendapat rahmat dan kebahagiaan di syurga yang menanti..amiinn...