Bismillahhirahmanirahim...
Coretan ini aku nukilkan khas buat " Si Pencinta" dunia akhirat...abang.
Tidak dapat digambarkan perasaan yang ada sebaik melihat hasil test kehamilan yang dibuat. Alhamdulillah, rasa sebak melanda tanda syukur tak terhingga buat Sang Pencipta langit dan bumi. Setiap kurniaan yang tiada tandingan dengan yang lain.
Aku hanya mampu tersenyum, terkadang tertawa kecil sendiri di dalam bilik air pagi itu. Pelbagai rasa yang tak dapat aku gambarkan tika itu. Aku masuk kembali ke bilik dengan senyuman manis buat si suami pagi itu lantas terus mengerjakan fardhu subuh sebagai kewajipan aku sebagai seorang muslim.
Langsai bersolat, aku menunjukkan hasil test yang aku buat pagi tadi pada suami ku. Sebaik melihat, wajahnya terdiam sepi tanpa menunjukkan apa-apa reaksi. Tiba-tiba aku terlihat senyuman kecil manis di bibirnya. Rupanya, si dia begitu terkejut kerana terlalu gembira hingga tidak terkata apa-apa. Ohh suamiku.....hahhaha tertawa besar aku melihat reaksinya sebaik sahaja dia mendapat tahu bahawa dia bakal menjadi seorang ayah. Alhamdulillah...
" Sayang, ni kira positif ye "
" Ya abang....ada orang tu nak jadi ayah dah tak lama lagi.. " aku terus mengusik suamiku.
Melihatkan keadaannya yang masih pana melihat hasil tadi. Namun aku yakin, jauh disudut hatinya dia teramat gembira dan bersyukur hasil penantian kami selama 1 tahun...Allah jua yang berkuasa atas tiap2 sesuatu.
Terkenang kembali saat kami diijab kabulkan 25 OGOS 2012. Tarik keramat yang tak mungkin akan aku lupakan smapai bila-bila.
" Aku terima nikahnya Siti Syafiqah Binti Shaharuddin dengan mas kawin rm........ tunai. "
Bergetar seluruh jiwaku mendengar kalimat itu dan saat itu aku sudah bergelar seorang isteri buat si dia.
Saat itu di mana kami yang tak pernah bersentuhan mula berpegangan tangan. Tika itu si dia sedikit malu...hahaha aku tertawa sendiri bila terkenang kembali. Lantas beberapa ketika si dia mula menggenggam erat tanganku selepas sebentuk cincin disarungkan di jari manisku.
Perkenalan kami yang bermula di sebuah institusi maahad di tempat pengajian yang sama. Oh, tidak ku sangka rakan yang satu kelas dengan ku kini sudah bergelar suamiku. Alhamdulillah.
Benarlah janji Allah itu pasti. Sesungguhnya perempuan-perempuan yang baik hanya untuk lelaki-lelaki yang baik.
Di malam perkahwinan kami, si dia memeluk erat sambil berbisik kepada ku...
" Sayang, abang bersyukur dan tak sangka yang kita sudah bernikah. Mulai hari ini kita mempunyai satu tanggungjawab yang besar. Abang perlukan sayang, nasihati dan terimalah abang seadanya. Tenangkan jiwa abang saat resah, bantu lah abang dalam memimpin dan mendidik keluarga dan anak-anak kita"
Aku merasai ada titisan hangat yang mengalir ketika itu. Ohh...tangisan sang perwira di sisi ku. Bergetar hebat seluruh juwaku ketika itu.
" Suamiku, sesungguhnya Allah terlalu mengasihimu. Seorang suami yang sentiasa memimpin dan mendidik anak-anaknya ke arah kebaikan, sayang yakin dengan abang. Sayang yakin abang mampu melakukan yang terbaik. Abang kene yakin dengan diri abang dan sayang sentiasa ada di sisi abang. "
" Anakku, mulai hari ini ibu akan bersedia untuk mendidik dari sekarang. Membesar dengan sihatlah kamu di dalam dan ibu akan menantimu dengan penuh kesyukuran. Ibu berdoa agar kamu menjadi seorang amak yang soleh solehah, hafiz hafizah..menjadi ulama' kecil buat ibu dan ayah. "
" Anakku, mulai hari ini ibu akan bersedia untuk mendidik dari sekarang. Membesar dengan sihatlah kamu di dalam dan ibu akan menantimu dengan penuh kesyukuran. Ibu berdoa agar kamu menjadi seorang amak yang soleh solehah, hafiz hafizah..menjadi ulama' kecil buat ibu dan ayah. "
Uhibbuka jiddan fillah abang... :)




.jpg)