Saturday, 30 March 2013

TAJAMNYA LIDAH

Manusia dilahirkan dengan ciptaan yang sungguh unik. Jika dilihat dari segi fizikal itu sendiri, manusia lebih sempurna dari haiwan. 2 mata untuk melihat, 2 telinga unutk mendengar, 2 tangan untuk memegang, 2 kaki untuk bergerak serta 1 lidah untuk berkata-kata serta merasa. Namun, lebih bertuahnya manusia dengan Allah menganugerahkan akal buat mereka berfikir, hati buat mereka memilih.

         Tajamnya lidah lebih tajamnya dari parang mahupun pisau. Hirisannya lebih dalam lagi mencengkam. Bagai darah yang mengalir tiada henti ke penghujungnya. Luka tikaman kata-kata lidah berparut kekal. Itulah lidah manusia. Sukar nak dikawal apatah lagi ditutup. Setitis ura-ura yang didengar, selautan gosip serta cerita yang berombak. 

       Andai kita mengerti dan memehami betapa indah ciptaan Allah menganugerahkan lidah buat kita. Basahnya tiada kering dengan zikrullah, manisnya tiada tawar dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran. Namun, manusia sentiasa berada dalam zon NAFSU. Penuh dengan tipu daya yang membisik. Mengata dari belakang seolah-olah sudah sebati, menjadi lumrah dalam kehidupan. 

Peringatan Rasulullah SAW kepada Orang Beriman

Sabda Rasulullah

 “Wahai org beriman dgn lidahnya, tetapi belum beriman dgn hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum Muslim, dan janganlah kamu mengintip keaiban (menjaga tepi kain) mereka. Sesungguhnya, sesiapa yg mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaiban, dan dia akan mendedahknnya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri.”

(Hadis Riwayat Abu Daud)

Dosa mengumpat membinasakan amal kebaikan ibarat api membakar kayu kering

Dari Jabir dan Abi Said, Rasulullah SAW bersabda

“Awaslah daripada mengumpat, kerana mengumpat itu lebih keras daripada zina. sesungguhnya seseorang terkadang ia berzina dan bertaubat. maka diterima Allah swt akan taubatnya. Dan sesungguhnya seseorang yg mengumpat, tidak akan diampun dosanya sebelum diampuni oleh org yg diumpatnya itu.”


Balasan bagi org yang suka mengumpat

Diriwayatkan oleh Abu Daud dari Anas, Rasulullah SAW bersabda

“Pada malam aku diIsra’kan aku telah melalui suatu kaum yg mencakar-cakar muka mereka dgn kuku-kukunya sendiri, maka aku berkata: “Hai Jibril siapa mereka ini? jawab Jibril: Mereka ini adalah org2 yg suka mengumpat dan mereka juga suka menjaga tepi kain org”.

(Abu Daud dari Anas)





SEKETUL DAGING
TIADA BERTULANG
LEMBUTNYA TERASA
TAKTALA BERKATA
MENGHIRIS TAJAMNYA
ANDAI TERLUKA
MENGALIR DARAH TIADA HENTI
PARUT LUKA YANG KEKAL ABADI
SEKETUL DAGING
MILIK HAMBANYA
BASAHNYA TIADA KERING
DENGAN ZIKIR BUAT ILLAHI
MANISNYA TIADA TAWAR
DENGAN ALUNAN AYAT SUCI
SEKETUL DAGING
TAJAMNYA LEBIH DARI BILAH
ITULAH
LIDAH MANUSIA....



No comments:

Post a Comment