Tuesday, 23 July 2013

1 TAHUN BERLALU...

    Menuntut ilmu di perantauan memberi aku banyak pengalaman...Mengajar aku erti kehidupan, susah dan senang..Adakala ketika, aku menitiskan air mata...entah apa yang aku rasa ketika itu, seperti segalanya telah musnah...namun, setiap permasalahan yang melanda pasti ada penyelesaian yang menanti. Begitu jua dengan ketentuan Illahi yang telah ditetapkan untuk setiap hambanya. Hikmah disebalik peristiwa.

   Terkadang hati ini terlalu cepat menilai dengan apa yang telah diberi sedang malam ada siangnya, inikan pula kehidupan. Pasti ada sesuatu disebaliknya. Kehidupan dunia yang ilusi, entah kenapa kini aku merasa manusia terlalu rakus mengumpul kekayaan dan kemanisan hidup yang hanya sementara.

Melihat gelagat " Manusia Nil "...aku perhati satu persatu, yang kaya dengan kemewahannya yang miskin dengan simpatinya. Jika hendak dibandingkan dengan manusia di tanah air ku sendiri, tiada bezenya. Semuanya sama sahaja, ,melainkan cahaya IMAN yang memagari diri menjadi benteng melawan nafsu harta dunia.

Esok, aku akan kembali ke tanah air yang dirindui. Terlalu lama dirasakan, tetapi semuanya seperti mimpi. Keraguan di hati menjelma, beribu persoalan yang muncul...Apa yang akan aku sumbangkan untuk masyarakat di sana nanti????

Dengan ilmu yang hanya setitik dari seluas lautan yang ada, mampukah aku???

Dalam keadaan tangan yang sedang mengemas pakaian, fikiranku berlegar-legar entah ke mana. Seribu satu rasa yang menerpa, satu persatu wajah yang aku rindui menjelma. Emak, ayah, adik-adik....Teringat kembali ketika kali pertama aku ingin menaiki kapal terbang dan kali itu jua lah aku berpisah berada jauh dari mereka, menuntut ilmu mencari  pengalaman hidup. Ya, sangat berkobar-kobar ketika itu. 

Kali pertama bertemu dengan sheikh-sheikh.....rasa diri terlalu keril dihadapannya... Ya lah, nak dibandingkan dengan aku, apalah yang aku tahu. Kali pertama jualah aku mula belajar bahasa arab sepenuhnya. Belajar di dalam kelas yang mana sheikh-sheikh hanya menuturkan bahasa arab tanpa sepatah pun bahasa melayu...agak mencabar...

Kali pertama jua aku ke kedai-kedai yang berhampiran..aku hanya menunjukkan barang yang ingin aku beli, itu dan ini...penjual arab itu hanya tersengih melihat aku mungkin dia sudah faham reaksi pelajar malaysia yang baru sampai di mesir.

Dan, Kali pertama jua lah aku belajar dengan seorang lelaki....seorang lelaki yang bergelar suami. Dia banyak membantu aku, memahami setiap satu bab pelajaran...Banyak memberi sokongan dan kekuatan untuk aku...Sedikit sebanyak aku mula belajar menyesuaikan diri belajar dengannya....ada kala sukar, dan alhamdulilah kini kami saling memahami.

Ilmu yang ku kutip buat bekalan aku di sana. Menanti saat nyawa di ambil kembali, aku takut entah cukup atau tidak bekalan ku di sana nanti. 

Dan esok, bermula lah perjalanan aku pulang ke tanah air. Moga kami selamt sampai di sana...amiinn...


Thursday, 4 July 2013

KILAUAN SYAHID

.....03 Julai 2013....


Di saat itu, aku masih ingat saat di mana kemenangan Dr. Mohamad Morsi disambut dengan linangan air mata pemuda Nil. Gema takbir yang bersahutan dan esak tangisan Nil menyembah sujud syukur kepada Sang Pencipta langit dan bumi. Mengimbas perjalanan waktu, aku merasai suasana itu meski aku tidak melihat. Zaman di bawah pimpinan Husni Mubarak, aku masih tidak merasa bahawa Nil sudah lama memendam rasa merajuk jiwa.

Iyalah, aku ketika itu hanyalah sekadar budak 19 tahun, apalah yang aku tahu sangat tentang penderitaan mereka. Kini, aku sendiri melihat dan merasai akan suasana itu. Zaman di bawah pemerintahan Dr. Mohamad Morsi, aku merasakan ada sesuatu dengannya. Sesuatu yang mungkin akan membuat perubahan dengan bangkitnya pemerintahan Islam yang sekian lama memendam.

Perubahan waktu 5 jam dan 6 jam memudaratkan jam biologi tubuh, yang kaya terus kaya, dan yang miskin terus papa kedana. Apatah lagi keadilan ketika itu, tidak berani disuarakan, hanya sekadar bisikan suara hati yang menunggu bilakah datangnya keadilan dari tuhan. Aku lihat keadaan ini, tetapi aku hanya sekadar melihat. Ibarat sekadar simpati tanpa empati. Aku malu dengan keadaan diriku ketika ini. Islamkah aku apabila aku membiar nasib seislam ku begitu sahaja?

Entah kenapa baru sahaja satu tahun Islam memerintah, hati-hati yang jahil mula bangkit ingin pertahankan hak yang batil. Menyokong hidup dalam kegelapan sedang sinar baru sahaja menunjukkan cahayanya. Tanpa diduga, Nil ini menghamburkan kuasa pemudanya, membadai Dataran Tahrir tanpa mengira agama, jantina dan pangkat. Aku lihat dan aku pasti sahabat ku jua menyaksikannnya. Saat di mana yang gila kuasa mula menunjukkan belangnya, dan yang tertindas mula mendapatkan kekuatannya. 

Maka, tika itu Nil dibauri darah pemudanya. Mereka menangis atas kematian anak mereka, namun kematian bukan sebarang kematian. Kematian menegakkan keadilan di bumi penuh kezaliman, itu adalah SYAHID. Ya, syahid yang aku hanya sangkakan berlaku di zaman para nabi dan sahabatnya, rupanya syahid itu di depan mataku sendiri. Wajah-wajah syuhada' Nil bersemadi dalam tugu pembebasannya. Pasti aku ingat dan kalian juga akan mengingatinya.

Taktala mataku kian melabuhkan tirai malamnya, terdengar percikan mercun dan bunyi pistol. Suara gembira bersorakan, meraih jatuhnya Presiden Islam. Angan yang hanya sekadar berlalu bagai angin. Kerisauan si suami yang mula mengganggu lenanya. Rampasan kuasa mula berlaku, menunjukkan kerakusan manusia dengan nikmat yang hanya sementara. Fitnah berleluasa, jawatan dilucutkan. Rakyat derhaka mengilai kegembiraan.

Tersentak aku setelah membaca luahan hati seorang isteri buat suami yang sedang bejuang bejihad di jalanNya....

" Di hari-hari yang penuh dengan ujian
Taktala aku masuk ke dalam bilik
Kelihatan beliau sedang sujud 
Memohon pertolongan dari Allah
Dalam keadaan menangis
Mengadu hanya dan negaranya
Apabila dia hendak tidur
Tangisan itu masih kedengaran
Walaupun beliau berada di atas katilnya
Sehingga basahnya umpama mandi
Demi Allah wahai Dr. Mursi
Nescaya Allah tidak akan membiarkan kamu terus bersedih
dan meninggalkan kamu tanpa pertolongan dariNya
disebabkan keadaan wajahmu yang bersinar
dan hatimu yang bersih
Maralah wahai Sang Presiden
Demi Allah...
Jika Dia ( Allah ) 
Menggoncangkan Sungai Nil dan Laut
Nescaya digoncangkan mereka bersamamu "





Yahudi tersenyum riang, 
Bashar ketawa girang,
Saudi duduk senang,
Amerika tertawa menang! 
Dan kau Mursi, mengenang-ngenang,
Nasibmu yang disepak terajang.

Dahulu ketika kau menang,
Membawa harapan rakyat yang malang,
Pabila si Firaun Mubarak kecundang,
Ramai yang bersorak riang,
Menepuk bahumu tanda sayang,
Berjanji bersamamu susah dan senang. 

Namun musuhmu nan petualang,
Tidak bisa duduk senang,
Melihat Mesir semakin garang,
Sempadan Palestin dibuka terang,
Syria tidak lagi dipandang,
Buat Yahudi jadi berang!

Perjuangan Islam kau canang,
Keadilan Islam kau perjuang,
Kalimah Allah kau gebang,
Kemuliaan agama kau tayang,
Ayat-ayat CintaNya kau pegang,
Sirah Nabi kau tak pernah curang! 

Itulah dosamu yang paling gampang,
Menjadi alasan dirimu diganyang,
Menjadi sebab dirimu diperang,
Musuh-musuhmu menunggu peluang,
Tidak sabar melihat dirimu kecundang,
Mereka merancang dan terus merancang. 

Makar jahat jadi belerang,
Adu domba sebagai senapang,
Bertubi-tubi kau diserang,
Walhal dirimu ikhlas berjuang,
Akhirnya kau terpaksa berundur belakang,
Musuh mambang terbahak riang!

Wahai Mursi jalan ini masih panjang,
Bersabarlah ini sunnah jalan pejuang,
Tatkala syaitan bersorak girang,
Malaikat di langit menangis terkenang,
Biar di dunia kau tidak menang,
Asal syurga menyambutmu senang!

Kami bermunajat dari belakang,
Tembakan doa kami layang,
Buatmu Mursi wahai abi sayang,
Dirimu terkorban menjadi bayang,
Buat masa hadapan yang lebih terang,

Islam mulia yang pasti menang!

Sunday, 23 June 2013

....Natijah itu....

Setelah hampir sebulan aku bertarung di MEDAN PERJUANGAN....kini aku kembali ke Cairo dengan perasaan yang berkobar-kobar cerianya. Tak sabar menanti detik pulang ke rumah di sambut oleh suami tercinta. Akhirnya kami selesai dengan perjuangan ini dan hanya menantikan NATIJAH ITU.

    Tepat jam 10 pagi suami ku tiba di rumah sewa ku di Mansourah untuk membawa ku pulang. Sebolehnya aku ingin pulang sendiri, akan tetapi kerisauan yang terlalu melanda dalam diri suami ku membuatkan aku akur dengan keputusannya untuk mengambil ku pulang. Aku lihat ada sifat penyayang dalam dirinya di situ sebagai suami. ^_^




  Memandangkan aku ada lepasan pelajar yang memegang Diploma Tahfiz Al-Quran Dan Syariah Islam sewaktu di Maahad dahulu, ramai yang bertanya "eh, boleh ke bertukar bidang yang lain?" Soalan itu telah lama bermain di benak fikiran suatu ketika dulu. Namun, aku telah dapatkan jawapannya sekarang.

   Di mana jua kita berada, kita pasti akan menghadapi suatu detik yang tidak pernah kita akan terfikir boleh menghadapi dan melakukannya. Sedangkan kita hanya mampu berfikir ketika itu " Mampukah aku?".....

Ya, jawapan aku adalah aku mampu kerana aku hanya berpegang pada suatu prinsip bahawa " Allah tak kan menzalimi hambanya sendiri". Aku yakin setiap apa yang kita dapat dan perolehi itulah yang terbaik untuk kita meski kita sendiri tidak yakin sepenuhnya dengan diri kita.
|


|=ÏGä. ãNà6ø‹n=tæ ãA$tFÉ)ø9$# uqèdur ×nöä. öNä3©9 ( #Ó|¤tãur br& (#qèdtõ3s? $\«ø‹x© uqèdur ׎öyz öNà6©9 ( #Ó|¤tãur br& (

#q™6Åsè? $\«ø‹x© uqèdur @ŽŸ° öNä3©9 3 ª!$#ur ãNn=÷ètƒ óOçFRr&ur Ÿw šcqßJn=÷ès? ÇËÊÏÈ   

#
 Kamu Diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara Yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.

(al-Baqarah : 216 )


    Pengharapan dengan tawakkal yang menggunug tinggi, itulah sebaik-baik hambanya yng beriman. Sentiasa bersangka baik dengan penciptaNya....Tidak kira di mana kita mahupun siapa jua kita, yakinlah setiap yang terjadi ada seribu satu hikmah yang terbaik untuk kita sedang kita sendiri hambanya yang lemah tidak akan menyangka ada yang terbaik pada masa akan datang.

Jangan dinantikan jawapan itu sekarang, akan tetapi hadapi lah ia terlebih dahulu dan pasti kamu akan mengetahuinya kelak.

Sebaik-baik pelajaran adalah pengalaman dalam hidup.

Alhamdulilah, Allah sudah nampakkannya untuk aku. Aku bersyukur dan redha dengan setiap pemberianNya yang tidak terhingga.

Meski ada pun yang kurang sempurna, jangan terus berputus. Jadikan setiap yang terjadi sebagai suatu ujian iman untuk kita. Berbangga dan bersyukur lah kerana kita masih lagi diuji kerana di situ merupakan suatu tanda yang kita masih disayangi olehNya.









Saturday, 22 June 2013

...Medan Perjuangan..280413

Detik berlalu..aku kini hampir memasuki pintu ke medan perjuangan. Entah apa yang ingin aku pertaruhkan. Berbekalkan senjata ilmu yang masih belum mencukupi untuk aku bertarung. Tinggal lagi 2 jam 30 minit.. Doa dan selawat akan jadikan setinggi tawakkal ku pada Nya buat penawar resahnya jiwa menunggu detik itu. Al-Quran tidak lekang di tangan ku. Taktala melihat jam, menghitung saat entah kenapa di rasakan begitu lambat sekali menunggu detik itu. Perut mula menunjukkan ragam tanda gemuruhnya jiwa yang kian menerjah. 

Tidak ku lupakan doa buat putera hati yang jauh di mata. Kini bersama-sama sedang bersedia menghadapi pertarungan yang sama tetapi medan yang berbeza. Aku mula menyarungkan jubah pagi itu, bersolekkan sedikit bedak sebagai make up yang tidak tebal buat penghias diri. Lantas, langkah kaki ini diteruskan menuju ke medan dengan penuh semangat meski hati penuh debaran tak siapa yang tahu. 


Sesampai di sana, ku lihat begitu ramai sekali pelajar. Berbeza seperti selalu, rupanya mereka jua sama seperti aku, masing-masing sedang menempuh fatrah perjuangan menentukan sejauh mana tahap ilmu yang telah dipelajari. Mata ku melilau-lilau melihat di mana tempat yang bakal aku bertarung sekejap sahaja lagi.


Arghh...di situ rupanya. Kulihat ramai kenalan-kenalan ku mulutnya tidaj berhenti terkumat-kamit mengulang ayat-ayat Al-Quran. Madah pertama yang bakal kami tempuh pada hari pertama peperiksaan Al-Quran Syafawi. Ya sememangnya bagi aku itulah madah yang killer buat diriku yang lemah dalam mengingati. Tapi, sedaya mungkin aku cuba untuk aku buktikan buat mereka yang aku sayang dan tidak sekali-kali aku akan kecewakan mereka yang menaruh harapan yang tinggi pada diriku sebagai seorang anak, isteri dan menantu.


Menanti giliran nama ku di panggil. Ku lihat kenalan-kenalan ku yang sudah selesai gilirannya keluar dengan muka yang tersenyum ceria. Apakah maksudnya itu? Ya Allah, kau buatkan aku lagi berdebar...maksud  apakah semua ini. Sesekali aku terdengar " Jangan risau soalan senang sangat-sangat dan in sha Allah semua boleh najah dalam madah ini. Dalam keaadan gelisah entah percaya atau tidak aku hanya menumpukan setinggi tawakkal buat Penciptaku dan memohon syafaat buat kekasih hati ku Rasulullah.


" Sti Syafiqah Shaharuddin, ta'al..." tersentak nama ku di panggil. Aku bangun menuju ke dewan dan masuk dengan memulakan bismillahirahmanirahim. Dalam sedar tak sampai 5 minit peperiksaan bagi madah hari itu habis. Alhamdulillah....aku boleh buat dengan baik sekali. Tapi aku tak boleh begitu yakin cuma setinggi tawakkal aku berserah. Cuma yang pasti, aku yakin aku dah buat yang terbaik. Soalan daripada sheikah sebentar tadi aku boleh jawab dengan lancar kesemuanya. Seakan tidak percaya, tapi bermula hari itu, semangat ku untuk menghadapi peperiksaan yang mendatang kian melonjak-lonjak. Tak sabar menanti hari seterusnya. 


Lantas, ku capai telefon dan orang pertama yang aku akan khabarkan kegembiraan ini dialah suamiku. Moga dirinya jua beroleh ketenangan dan kegembiraan seperti aku agar sentiasa bersemangat dan yakin dalam menghadapi MEDAN PERJUANGAN ini....




Kebergantungan kita kepada Allah sebagai hamba...itulah selayaknya bagi mereka yang benar-benar beriman dan bertakwa. Kalam suci dijadikan pegangan hidup di dunia dan penyuluh sinar di akhirat kelak. Jadikan aku dan seluruh umat Islam tergolong dalam kalangan hamba-hamabnya yang bertakwa dan beramal soleh. Ya Allah, berikanlah ganjaran ini buat ibu bapaku...anugerahkan mereka mahkota emas yang telah engkau janjikan...Kurniakan buat mereka darjat yang berpanjangan dalam merasai kemanisan SYURGA kelak.....amiinnn... Buat kedua mertuaku, terima kasih kerana sudi menerima aku sebagai menantu...Akan aku doakan buat kalian mendapat rahmat dan kebahagiaan di syurga yang menanti..amiinn...







Thursday, 23 May 2013

Bonda & Ayahanda

Ku mulakan dengan lafaz   بسم الله الرحمن الرحيم

Actually, aku tak tahu nak mulakan dari mana untuk berbicara. Hati masih lagi sayu, penuh dengan ombak rindu buat 2 orang insan yang jauh dari pandangan mata. Walaupun jauh dari pandangan mata, insan ini sentiasa dekat bagiku kerana mereka sentiasa ada dalam setiap kalimah doaku.

Ya, itulah bonda serta ayahandaku. permata yang sentiasa berada dalam hatiku. Permata yang memberikan sinar sejak aku dalam kandungan lagi. Berada dalam alam rahim yang gelap, aku diberikan tarbiyah melalui istiqamah doa dari bonda serta ayahanda yang tidak pernah putus dan aku dilahirkan hingga aku menjadi diri dan kehidupan aku sekarang.

Bagi aku, aku merasakan perubahan yang ketara sebagai seorang anak perempuan. Perubahan yang dapat aku rasakan sebelum aku bernikah dan selepas aku bernikah. Ya, aku merasakan kelainan itu, tapi aku tidak pasti sama ada mereka di luar sana turut sama merasakan apa yang aku rasa.

Sejak kecil aku di didik dengan didikan agama. Walaupun ketika kecil aku merasakan mereka terlalu tegas dalam mendidik kami 9 beradik, namun dengan ketegasan itulah menjadikan kami insan yang berjaya sekarang. Didikan yang diberi lebih menjangkaui dalam aspek keagamaan. Seingat aku, kami disuruh membaca Al-Quran setiap kali lepas solat waktu maghrib. Ya, aku memang tidak boleh lupa sangat itu. Kegarangan emak membuatkan kami sedikit takut lantas dengan cepat kami mengambil Al-Quran dan membacanya bersama-sama. Mana tidaknya, ketika kanak-kanak kecil yang berumur 7 hingga 9 tahun sedang bersuka ria seronok bermain, sedang kami dipaksa untuk membaca Al-Quran....

Hahaha...dan sekarang setiap kegarangan emak dan didikan yang tegas daripada beliau membawa kejayaan yang sangat bererti buat aku sebagai seorang anak. Aku baru mengerti bahawa tiada kebencian bagi seorang ibu dalam mendidik anak-anaknya. Ketegasan serta kegarangan yang dibuat bukanlah bererti mereka marah atau benci, tapi itulah keagungan kasih sayang dan cinta yang sebenar buat seorang ibu terhadap anak-anaknya...

Bagi ayah..penat keringat yang sentiasa menitik membuatkan ayahanda makin tabah dalam mencari rezeki yang buat kami. Siang malam tanpa henti berdiri gagah di pinggiran lautan, membasah keringat hanya ingin mencari rezeki membesarkan anak-anaknya. Seingat aku, duit poket yang diberi waktu sekolah rendah hanyalah 50 sen...dan saat itu aku mula merungut sendirian, terkadang cemburu melihat rakan sebaya yang seronok membeli dan berbelanja mewah, sedang aku hanyalah dengan 50 sen di dalam genggaman. Namun, fikiran akal yang masih belum mengerti penat lelah seorang ayah hatta mencari 10sen buat anak sebagai duit poket di waktu persekolahan..Aduhh..baru sekarang aku fahami bahawa hidup ini penuh dengan ujian, dan selepas menghadapi ujian itu baru kita akan belajar pengalaman sebenar dalam hidup.

Sekarang, aku jua telah memiliki abah serta mak..mertua yang ku sayang. Walaupun baru mengenali, aku yakin hati mereka penuh dengan sifat kasih sayang, dan aku cuba untuk menyesuaikan diri sebagai " anak yang baru" dalam keluarga mereka.


Terima Kasih Emak & Ayah.....   ^_^




Saturday, 30 March 2013

TAJAMNYA LIDAH

Manusia dilahirkan dengan ciptaan yang sungguh unik. Jika dilihat dari segi fizikal itu sendiri, manusia lebih sempurna dari haiwan. 2 mata untuk melihat, 2 telinga unutk mendengar, 2 tangan untuk memegang, 2 kaki untuk bergerak serta 1 lidah untuk berkata-kata serta merasa. Namun, lebih bertuahnya manusia dengan Allah menganugerahkan akal buat mereka berfikir, hati buat mereka memilih.

         Tajamnya lidah lebih tajamnya dari parang mahupun pisau. Hirisannya lebih dalam lagi mencengkam. Bagai darah yang mengalir tiada henti ke penghujungnya. Luka tikaman kata-kata lidah berparut kekal. Itulah lidah manusia. Sukar nak dikawal apatah lagi ditutup. Setitis ura-ura yang didengar, selautan gosip serta cerita yang berombak. 

       Andai kita mengerti dan memehami betapa indah ciptaan Allah menganugerahkan lidah buat kita. Basahnya tiada kering dengan zikrullah, manisnya tiada tawar dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran. Namun, manusia sentiasa berada dalam zon NAFSU. Penuh dengan tipu daya yang membisik. Mengata dari belakang seolah-olah sudah sebati, menjadi lumrah dalam kehidupan. 

Peringatan Rasulullah SAW kepada Orang Beriman

Sabda Rasulullah

 “Wahai org beriman dgn lidahnya, tetapi belum beriman dgn hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum Muslim, dan janganlah kamu mengintip keaiban (menjaga tepi kain) mereka. Sesungguhnya, sesiapa yg mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaiban, dan dia akan mendedahknnya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri.”

(Hadis Riwayat Abu Daud)

Dosa mengumpat membinasakan amal kebaikan ibarat api membakar kayu kering

Dari Jabir dan Abi Said, Rasulullah SAW bersabda

“Awaslah daripada mengumpat, kerana mengumpat itu lebih keras daripada zina. sesungguhnya seseorang terkadang ia berzina dan bertaubat. maka diterima Allah swt akan taubatnya. Dan sesungguhnya seseorang yg mengumpat, tidak akan diampun dosanya sebelum diampuni oleh org yg diumpatnya itu.”


Balasan bagi org yang suka mengumpat

Diriwayatkan oleh Abu Daud dari Anas, Rasulullah SAW bersabda

“Pada malam aku diIsra’kan aku telah melalui suatu kaum yg mencakar-cakar muka mereka dgn kuku-kukunya sendiri, maka aku berkata: “Hai Jibril siapa mereka ini? jawab Jibril: Mereka ini adalah org2 yg suka mengumpat dan mereka juga suka menjaga tepi kain org”.

(Abu Daud dari Anas)





SEKETUL DAGING
TIADA BERTULANG
LEMBUTNYA TERASA
TAKTALA BERKATA
MENGHIRIS TAJAMNYA
ANDAI TERLUKA
MENGALIR DARAH TIADA HENTI
PARUT LUKA YANG KEKAL ABADI
SEKETUL DAGING
MILIK HAMBANYA
BASAHNYA TIADA KERING
DENGAN ZIKIR BUAT ILLAHI
MANISNYA TIADA TAWAR
DENGAN ALUNAN AYAT SUCI
SEKETUL DAGING
TAJAMNYA LEBIH DARI BILAH
ITULAH
LIDAH MANUSIA....



Monday, 18 March 2013

BIDADARI SYURGA



Al-yaum….saya ada terbaca kisah tentang Ainul Mardhiah…saya yakin serta percaya hanya sebahagian sahaja mereka-mereka yang di luar sana mengikuti serta menghayati kisah “ Bidadari Syurga” ini. Setelah membaca kisah ini, terdetik di hati, “ alangkah indahnya andai aku seperti DIA…wanita solehah yang dijanjikan syurga”. Masya Allah..terlalu kerdil diri ini jika dibandingkan dengan kecantikan akhlak serta tulusnya budi pekerti beliau.

Kurniaan diri diciptakan sebagai seorang wanita tidak dapat ku ungkapkan rasa syukur yang teramat padaNya. Terlalu tinggi martabat yang diangkat bagi mereka yang bergelar “wanita” hingga Sang Pencipta menyebut tentang mereka di dalam Al-Quran..Subhanallah..!!

Ya…”Bidadari Syurga”… antara dua alam. “Bidadari Syurga Dunia” @ “Bidadari Syurga Firdausi”. Dua-dua mempunyai kelebihan serta nikmat yang tidak terkata indahnya. Tetapi, nikmatnya “Bidadari Syurga Firdausi” lebih kekal abadi.

Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki di dalam syurga yang kekal abadi. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia “ Isteri Solehah “ merupakan ketua kepada segala bidadari- bidadari….Allahuakbar!!

Berbalik kepada kisah “ Ainul Mardhiah”, bidadari Islam yang sentiasa berjihad menegakkan dakwah Islam.

Berjihad serta berdakwah untuk agama Allah swt merupakan satu amalan yang akan menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat r.h. Setiap manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.

Rasulullah saw bersabda“Tidak akan berganjak kaki anak Adam di Hari Kiamat hingga disoal tentang empat perkara: tentang usianya pada apa dihabiskannya, tentang masa mudanya apa yang telah diperjuangkannya, tentang hartanya dari mana datangnya dan ke mana telah dibelanjakannya dan tentang ilmunya apa yang telah dibuatnya.”(Hadith sahih riwayat Tirmizi)

“ Ainul Mardhiah “  bidadari untuk orang yang berjihad..berdakwah untuk agama Allah swt.


£`æh¯Rr(x. ßNqè%$u‹ø9$# ãb%y`öyJø9$#ur

“Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan.”
(ar-Rahman (55) : 58)



Ö‘qãm ÔNºu‘qÝÁø)¨B ’Îû ÏQ$u‹Ïƒø:$#


(Bidadari-bidadari) yang jelita, putih bersih dipingit dalam rumah.
 ar-Rahman (55) : 72


‘Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari yang lain (bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad/berdakwah untuk agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari2 syurga.

Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya muda teringin sangat hendak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut,tetapi di sebabkan sahabat ini malu hendak bertanyakan kepada nabi saw,kerana malu kepada sahabat-sahabat yang lain.

Namun dia tetap memberi nama sebagai salah sorang yang akan keluar di jalan Allah. Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah yang hendak berangkat tadi tidur bersama-sama sekejap.

Tiba-tiba dalam tidur sahabat tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2,lalu di tanya sahabat ini ,di manakah beliau berada,lalu ada suara yang menjawab,inilah syurga,tiba2 dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan Ainul Mardhiah (bidadari yang Nabi saw bagitahu tadi),lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalanlah sahabat ini, disuatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan yang sebegitu,tak pernah dilihat didunia ini,lalu diberikan salam dan sahabat ini bertanya, andakah ini Ainul Mardhiah,wanita itu menjawab ehh tidakk(lebih kurang macam tu la dalam bahasa kita),saya penjaganya,Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana di sana.

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda daripada yang pertama tadi di lihatnya, sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai,lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah ini Ainul Mardiah lalu wanita itu menjawab,eh tidak, saya hanya penjaganya di dalam mahligai ini,Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana, lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu, kecantikkannya sungguh mengkagumkan,lalu sahabat ini sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua yang beliau jumpa tadi,dan tidak pernah di lihat di dunia,lalu wanita itu berkata,akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku,bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab,nanti kamu belum syahid lagi,tersentak daripada itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada Nabi SAW,tapi sekiranya dia syahid barulah di ceritakan kepada Nabi saw.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi saw di dalamnya telah keluar berperang/berjihad lalu ditakdirkan pemuda tadi telah syahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati nabi saw dan menceritakan perihal mimpi pemuda yang syahid tadi.

Sahabat pemuda yang syahid tadi,dalam menceritakan kepada nabi saw,Nabi saw menjawab benar,benar,benar sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga..

Ainul Mardhiah adalah bidadari yang paling cantik di syurga, kita hanya la manusia biasa takkan mampu kita membayangkan nikmat-nikmat di syurga Allah.

“ Ya Allah, jadikanlah kami hambaMu yang sentiasa berjihad menegakkan syiarMU. Jadikan kami khalifah yang berjuang membela agamaMu…Masukkanlah kami dalam kalangan sahabat-sahabat yang diredhaiMu….” Amiinnn…