Al-yaum….saya
ada terbaca kisah tentang Ainul Mardhiah…saya yakin serta percaya hanya
sebahagian sahaja mereka-mereka yang di luar sana mengikuti serta menghayati
kisah “ Bidadari Syurga” ini. Setelah membaca kisah ini, terdetik di hati, “
alangkah indahnya andai aku seperti DIA…wanita solehah yang dijanjikan syurga”.
Masya Allah..terlalu kerdil diri ini jika dibandingkan dengan kecantikan akhlak
serta tulusnya budi pekerti beliau.
Kurniaan diri
diciptakan sebagai seorang wanita tidak dapat ku ungkapkan rasa syukur yang
teramat padaNya. Terlalu tinggi martabat yang diangkat bagi mereka yang
bergelar “wanita” hingga Sang Pencipta menyebut tentang mereka di dalam
Al-Quran..Subhanallah..!!
Ya…”Bidadari Syurga”… antara dua
alam. “Bidadari Syurga Dunia” @ “Bidadari Syurga Firdausi”. Dua-dua mempunyai
kelebihan serta nikmat yang tidak terkata indahnya. Tetapi, nikmatnya “Bidadari
Syurga Firdausi” lebih kekal abadi.
Bidadari
merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki di dalam syurga yang
kekal abadi. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya
adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia “ Isteri Solehah “ merupakan
ketua kepada segala bidadari- bidadari….Allahuakbar!!
Berbalik kepada kisah “ Ainul
Mardhiah”, bidadari Islam yang sentiasa berjihad menegakkan dakwah Islam.
Berjihad serta
berdakwah untuk agama Allah swt merupakan satu amalan yang akan menjadi
kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangan
sahabat-sahabat r.h. Setiap manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan
ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.
Rasulullah saw
bersabda“Tidak akan berganjak kaki anak Adam di Hari Kiamat hingga disoal
tentang empat perkara: tentang usianya pada apa dihabiskannya, tentang masa
mudanya apa yang telah diperjuangkannya, tentang hartanya dari mana datangnya
dan ke mana telah dibelanjakannya dan tentang ilmunya apa yang telah
dibuatnya.”(Hadith sahih riwayat Tirmizi)
“ Ainul Mardhiah “ bidadari untuk orang yang berjihad..berdakwah
untuk agama Allah swt.
£`æh¯Rr(x. ßNqè%$uø9$# ãb%y`öyJø9$#ur
“Bidadari-bidadari
itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan.”
(ar-Rahman (55) : 58)
Öqãm ÔNºuqÝÁø)¨B Îû ÏQ$uÏø:$#
(Bidadari-bidadari) yang jelita,
putih bersih dipingit dalam rumah.
ar-Rahman (55) : 72
‘Ainul
Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari
yang lain (bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa)
ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk
berjihad/berdakwah untuk agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan
Allah tiba-tiba ia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang
paling cantik dalam kalangan bidadari2 syurga.
Mendengar
berita itu seorang sahabat yang usianya muda teringin sangat hendak tahu
bagaimana cantiknya bidadari tersebut,tetapi di sebabkan sahabat ini malu
hendak bertanyakan kepada nabi saw,kerana malu kepada sahabat-sahabat yang
lain.
Namun dia
tetap memberi nama sebagai salah sorang yang akan keluar di jalan Allah.
Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka
sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah yang hendak berangkat tadi
tidur bersama-sama sekejap.
Tiba-tiba
dalam tidur sahabat tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh
indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan
muka yang berseri2,lalu di tanya sahabat ini ,di manakah beliau berada,lalu ada
suara yang menjawab,inilah syurga,tiba2 dia menyatakan hasrat untuk berjumpa
dengan Ainul Mardhiah (bidadari yang Nabi saw bagitahu tadi),lalu ditunjuknya
di suatu arah maka berjalanlah sahabat ini, disuatu pepohon beliau mendapati
ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan yang sebegitu,tak
pernah dilihat didunia ini,lalu diberikan salam dan sahabat ini bertanya,
andakah ini Ainul Mardhiah,wanita itu menjawab ehh tidakk(lebih kurang macam tu
la dalam bahasa kita),saya penjaganya,Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana
di sana.
Lalu dia
berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang
lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda daripada yang pertama tadi di
lihatnya, sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai,lalu diberi
salam dan di tanya lagi adakah ini Ainul Mardiah lalu wanita itu menjawab,eh
tidak, saya hanya penjaganya di dalam mahligai ini,Ainul Mardiah ada di atas
mahligai sana, lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu,
kecantikkannya sungguh mengkagumkan,lalu sahabat ini sampai ke satu mahligai
dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan
berganda-ganda catiknya dari yang kedua yang beliau jumpa tadi,dan tidak pernah
di lihat di dunia,lalu wanita itu berkata,akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan
untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku,bila lelaki itu mendekatinya wanita
itu menjawab,nanti kamu belum syahid lagi,tersentak daripada itu pemuda itu pun
terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada sahabat lain,
namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada Nabi
SAW,tapi sekiranya dia syahid barulah di ceritakan kepada Nabi saw.
Petang itu
pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi saw di dalamnya telah
keluar berperang/berjihad lalu ditakdirkan pemuda tadi telah syahid. Petang
tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka
puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah
satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan
merapati nabi saw dan menceritakan perihal mimpi pemuda yang syahid tadi.
Sahabat pemuda
yang syahid tadi,dalam menceritakan kepada nabi saw,Nabi saw menjawab
benar,benar,benar sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata memang
benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk
berbuka puasa di syurga..
Ainul Mardhiah adalah bidadari yang
paling cantik di syurga, kita hanya la manusia biasa takkan mampu kita
membayangkan nikmat-nikmat di syurga Allah.
“ Ya Allah, jadikanlah
kami hambaMu yang sentiasa berjihad menegakkan syiarMU. Jadikan kami khalifah
yang berjuang membela agamaMu…Masukkanlah kami dalam kalangan sahabat-sahabat
yang diredhaiMu….” Amiinnn…
No comments:
Post a Comment