Saturday, 30 March 2013

TAJAMNYA LIDAH

Manusia dilahirkan dengan ciptaan yang sungguh unik. Jika dilihat dari segi fizikal itu sendiri, manusia lebih sempurna dari haiwan. 2 mata untuk melihat, 2 telinga unutk mendengar, 2 tangan untuk memegang, 2 kaki untuk bergerak serta 1 lidah untuk berkata-kata serta merasa. Namun, lebih bertuahnya manusia dengan Allah menganugerahkan akal buat mereka berfikir, hati buat mereka memilih.

         Tajamnya lidah lebih tajamnya dari parang mahupun pisau. Hirisannya lebih dalam lagi mencengkam. Bagai darah yang mengalir tiada henti ke penghujungnya. Luka tikaman kata-kata lidah berparut kekal. Itulah lidah manusia. Sukar nak dikawal apatah lagi ditutup. Setitis ura-ura yang didengar, selautan gosip serta cerita yang berombak. 

       Andai kita mengerti dan memehami betapa indah ciptaan Allah menganugerahkan lidah buat kita. Basahnya tiada kering dengan zikrullah, manisnya tiada tawar dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran. Namun, manusia sentiasa berada dalam zon NAFSU. Penuh dengan tipu daya yang membisik. Mengata dari belakang seolah-olah sudah sebati, menjadi lumrah dalam kehidupan. 

Peringatan Rasulullah SAW kepada Orang Beriman

Sabda Rasulullah

 “Wahai org beriman dgn lidahnya, tetapi belum beriman dgn hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum Muslim, dan janganlah kamu mengintip keaiban (menjaga tepi kain) mereka. Sesungguhnya, sesiapa yg mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaiban, dan dia akan mendedahknnya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri.”

(Hadis Riwayat Abu Daud)

Dosa mengumpat membinasakan amal kebaikan ibarat api membakar kayu kering

Dari Jabir dan Abi Said, Rasulullah SAW bersabda

“Awaslah daripada mengumpat, kerana mengumpat itu lebih keras daripada zina. sesungguhnya seseorang terkadang ia berzina dan bertaubat. maka diterima Allah swt akan taubatnya. Dan sesungguhnya seseorang yg mengumpat, tidak akan diampun dosanya sebelum diampuni oleh org yg diumpatnya itu.”


Balasan bagi org yang suka mengumpat

Diriwayatkan oleh Abu Daud dari Anas, Rasulullah SAW bersabda

“Pada malam aku diIsra’kan aku telah melalui suatu kaum yg mencakar-cakar muka mereka dgn kuku-kukunya sendiri, maka aku berkata: “Hai Jibril siapa mereka ini? jawab Jibril: Mereka ini adalah org2 yg suka mengumpat dan mereka juga suka menjaga tepi kain org”.

(Abu Daud dari Anas)





SEKETUL DAGING
TIADA BERTULANG
LEMBUTNYA TERASA
TAKTALA BERKATA
MENGHIRIS TAJAMNYA
ANDAI TERLUKA
MENGALIR DARAH TIADA HENTI
PARUT LUKA YANG KEKAL ABADI
SEKETUL DAGING
MILIK HAMBANYA
BASAHNYA TIADA KERING
DENGAN ZIKIR BUAT ILLAHI
MANISNYA TIADA TAWAR
DENGAN ALUNAN AYAT SUCI
SEKETUL DAGING
TAJAMNYA LEBIH DARI BILAH
ITULAH
LIDAH MANUSIA....



Monday, 18 March 2013

BIDADARI SYURGA



Al-yaum….saya ada terbaca kisah tentang Ainul Mardhiah…saya yakin serta percaya hanya sebahagian sahaja mereka-mereka yang di luar sana mengikuti serta menghayati kisah “ Bidadari Syurga” ini. Setelah membaca kisah ini, terdetik di hati, “ alangkah indahnya andai aku seperti DIA…wanita solehah yang dijanjikan syurga”. Masya Allah..terlalu kerdil diri ini jika dibandingkan dengan kecantikan akhlak serta tulusnya budi pekerti beliau.

Kurniaan diri diciptakan sebagai seorang wanita tidak dapat ku ungkapkan rasa syukur yang teramat padaNya. Terlalu tinggi martabat yang diangkat bagi mereka yang bergelar “wanita” hingga Sang Pencipta menyebut tentang mereka di dalam Al-Quran..Subhanallah..!!

Ya…”Bidadari Syurga”… antara dua alam. “Bidadari Syurga Dunia” @ “Bidadari Syurga Firdausi”. Dua-dua mempunyai kelebihan serta nikmat yang tidak terkata indahnya. Tetapi, nikmatnya “Bidadari Syurga Firdausi” lebih kekal abadi.

Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki di dalam syurga yang kekal abadi. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia “ Isteri Solehah “ merupakan ketua kepada segala bidadari- bidadari….Allahuakbar!!

Berbalik kepada kisah “ Ainul Mardhiah”, bidadari Islam yang sentiasa berjihad menegakkan dakwah Islam.

Berjihad serta berdakwah untuk agama Allah swt merupakan satu amalan yang akan menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat r.h. Setiap manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.

Rasulullah saw bersabda“Tidak akan berganjak kaki anak Adam di Hari Kiamat hingga disoal tentang empat perkara: tentang usianya pada apa dihabiskannya, tentang masa mudanya apa yang telah diperjuangkannya, tentang hartanya dari mana datangnya dan ke mana telah dibelanjakannya dan tentang ilmunya apa yang telah dibuatnya.”(Hadith sahih riwayat Tirmizi)

Ainul Mardhiah “  bidadari untuk orang yang berjihad..berdakwah untuk agama Allah swt.


£`æh¯Rr(x. ßNqè%$uø9$# ãb%y`öyJø9$#ur

“Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan.”
(ar-Rahman (55) : 58)



Öqãm ÔNºuqÝÁø)¨B Îû ÏQ$uσø:$#


(Bidadari-bidadari) yang jelita, putih bersih dipingit dalam rumah.
 ar-Rahman (55) : 72


‘Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari yang lain (bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad/berdakwah untuk agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari2 syurga.

Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya muda teringin sangat hendak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut,tetapi di sebabkan sahabat ini malu hendak bertanyakan kepada nabi saw,kerana malu kepada sahabat-sahabat yang lain.

Namun dia tetap memberi nama sebagai salah sorang yang akan keluar di jalan Allah. Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah yang hendak berangkat tadi tidur bersama-sama sekejap.

Tiba-tiba dalam tidur sahabat tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2,lalu di tanya sahabat ini ,di manakah beliau berada,lalu ada suara yang menjawab,inilah syurga,tiba2 dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan Ainul Mardhiah (bidadari yang Nabi saw bagitahu tadi),lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalanlah sahabat ini, disuatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan yang sebegitu,tak pernah dilihat didunia ini,lalu diberikan salam dan sahabat ini bertanya, andakah ini Ainul Mardhiah,wanita itu menjawab ehh tidakk(lebih kurang macam tu la dalam bahasa kita),saya penjaganya,Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana di sana.

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda daripada yang pertama tadi di lihatnya, sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai,lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah ini Ainul Mardiah lalu wanita itu menjawab,eh tidak, saya hanya penjaganya di dalam mahligai ini,Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana, lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu, kecantikkannya sungguh mengkagumkan,lalu sahabat ini sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua yang beliau jumpa tadi,dan tidak pernah di lihat di dunia,lalu wanita itu berkata,akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku,bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab,nanti kamu belum syahid lagi,tersentak daripada itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada Nabi SAW,tapi sekiranya dia syahid barulah di ceritakan kepada Nabi saw.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi saw di dalamnya telah keluar berperang/berjihad lalu ditakdirkan pemuda tadi telah syahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati nabi saw dan menceritakan perihal mimpi pemuda yang syahid tadi.

Sahabat pemuda yang syahid tadi,dalam menceritakan kepada nabi saw,Nabi saw menjawab benar,benar,benar sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga..

Ainul Mardhiah adalah bidadari yang paling cantik di syurga, kita hanya la manusia biasa takkan mampu kita membayangkan nikmat-nikmat di syurga Allah.

“ Ya Allah, jadikanlah kami hambaMu yang sentiasa berjihad menegakkan syiarMU. Jadikan kami khalifah yang berjuang membela agamaMu…Masukkanlah kami dalam kalangan sahabat-sahabat yang diredhaiMu….” Amiinnn…








.........Merintis Mujahid........


12/3/2013…

Malam itu, aku baru pulang ke rumah di Kaherah bersama suami. Niat di hati untuk tinggal di Mansourah selama 3 bulan bagi menghadapi peperiksaan yang bakal menjelma terbantut. Ohhhh…penyakit rindu datang kembali dan petang itu aku di bawa pulang oleh suami tercinta. Tibanya di rumah , sedang kami berehat di dalam bilik suamiku meluahkan sesuatu dalam hatinya. Sayu hati mendengar apa yang terkeluar dari sudut hati suamiku sedang aku tahu hatinya menangis ketika itu walau zahir tidak kelihatan titisan yang berderai.

“ Sayang, abang ada terbaca blog yang abah buat. Abang sedih bila baca luahan abah dalam blog tu. Luahan kasih sayang seorang bapa tentang anak lelakinya. “luah suamiku.

“ Tentang siapa bang?”

“Tentang abang, ya abang anak lelaki itu. Sayang ambil telefon ni dan baca apa yang abah tulis.”

Aku segera mencapai telefon dari suami lalu membaca blog itu dengan teliti.

11.9.12@ Selasa @ 12.00 – 03.00 petang yang lalu kami sekeluarga berada di KLIA mengiringi anakanda ke 6 berlepas ke Mesir menyambung pelajaran Qurannya. Beliau berminat dengan Qiraat..semoga mendapat keberkatan dan dipermudahkan urusan oleh Allah S.W.T. Berjaya dan berpeluang bertemu dengan para mujahid di bumi Mesir yang telah mengukir sejarah. Terima kasih kepada penaja YP dan pegurusan MTNP yang telah memberikan peluang semoga Allah membuka dan menambah hidayah buat anda dan kita semua.
        Bumi yang menyaksikan perjuangan rakyat menuntut tertegaknya hukum Islam sejak berpuluh tahun. “Dakwah”  mereka yang menerima bintang syuhada yang ramai seperti Sheikh Abdul Kadir Audah, Syed Qutb, Imam Hasan Al-Banna dan ramai lagi yang tak mampu di ingati ( beribu-ribu di penjara, digantung malah ditembak ) Rejim sekular yang mabuk darah umat Islam akhirnya runtuh pada tahun 2012.

      Lama juga kami/saya mengimpikan seorang dari keluargaku menjejak mereka di sana juga para mujahid di Afghanistan. Aku serahkan kepada Allah segalanya memelihara beliau utuk mencapai tujuan dan menjadi insan mujahid. Moga bahang roh syuhada di bumi Mesir merahmati cita-cita beliau dan diriku juga. Beliau aku namakan Amir Saiyaf sempena nama mujahid dan ulama pemimpin mujahidin di Afghanistan yang Berjaya menghalau komunis Rusia dari bumi Afghanistan pada tahun 90 an.

       Bagaimanapun berisiko juga nama itu kerana perkembangan terbaru dunia yang fobia dengan nama “Saiyaf” lantaran peristiwa “11 sept” dan gelombang di dunia arab masa kini. Namun seperti aku katakan di permulaaan tadi, aku serahkan segalanya pada Allah S.W.T.
Amir Saiyaf… teruskan cita-cita dan selamat berjuang menuntut ilmu dan mentarbiyah diri dengan rahmat dan berkat para syuhada di bumi Mesir. Jaga diri dan keluargamu di sana (nama). …fokus pada misimu…tenang dan sabar dengan cubaan dan halangan…. DOA KAMI SELALU UNTUK KEJAYAAN KAMU DAN ISLAM YANG KITA DUKUNG BERSAMA…salam perjuangan untuk DR.MUHAMAD MURSI…teruskan perjuangan…. Langkag permulaan menuju merintis mujahid ke bumi Mesir yang bersejarah. Sekian, betemu lagi dan selamat berjuang dari ayahanda dan keluarga.


Kata-kata serta luahan hati dari seorang bapa buat anaknya. Ya, abah mertuaku. Kali pertama aku baca tulisan hati beliau. Sangat besar hasrat serta impian buat anaknya. Impian di dalam hati sejak sekian lamanya ingin menjadikan anaknya seorang mujahid teragung, meneruskan risalah dakwah Islam yang pernah gemilang suatu masa dahulu.

Tak terkata dibibir apatah lagi seuntai kata yang mampu ku ukir setelah membaca blog abah. Penuh dengan harapan yang menjulang tingginya. Walaupun merupakan seorang yang hanya  pernah bekerja sebagai pegawai kesihatan bahagian psikatrik di sebuah hospital, aku cukup kagum dengan ilmu serta keinginannya dalam menegakkan dakwah Islam yang cukup tinggi. Setiap bait kata-kata yang penuh makna terasa roh semangat untuk bangkit bernyala-nyala.

Aku meletakkan telefon, duduk berhadapan dengan suamiku sambil memegang muka dan mengusap kepalanya. Lalu aku bisikkan sesuatu di telinganya.

“ Abang, jadikan setiap apa yang abah tulis dalam blog itu sebagai pembakar semangat untuk abang dan sayang terus bangkit dan maju ke hadapan dengan gemilangnya. Jadikan setiap harapan serta impian yang menjulang tinggi itu sebagai penambah keyakinan serta kekuatan abang dan sayang untuk mengutip setiap cebisan mutiara yang ada di sini. Jadikan setiap doa-doa mereka sebagai perisai untuk abang dan sayang terus gigih dalam melayari kehidupan yang penuh berkat serta redha dariNya.”

Lantas, suamiku memeluk aku dengan penuh erat. Di saat itu, aku terasa titisan hangat yang mengalir.



Buat suamiku,
Kuatkan hatimu…
Tabahkan jiwamu…
Bangkitkan semangatmu…
Aku yakin Allah sentiasa ada bersamamu…
Dalam melayari Kehidupan yang penuh berliku…
Tidak semua yang terpilih seperti kamu…
Dalam menghadapi ujian ini…
Kerana..
Ketahuilah…
Sesungguhnya Allah sedang menguji imanmu..
Dan itulah…
Tanda kasih sayang Allah buat dirimu…
Yang terlalu istimewa..
Senyumlah …


Duhai permataku…




Sunday, 10 March 2013

BORN 22...27/2/13

Sedar atau tidak, aku masih menghirup udara segar ciptaan Illahi, aku masih bernyawa belas kasih pemberian " Sang Rabbul Izzati "..... Masih diberikan peluang untuk berjuang menegakkan syiarNYA juga masih diberikan ruang untuk aku sentiasa mengejar rahmat serta maghfirah dariNya....





22 tahun...Usia kedua untuk tahun kedua aku setelah bergelar sebagai seorang isteri. Ya, nampak mudah di kaca mata, tetapi dalam menjadi dan menghayati untuk benar-benar menjadi " isteri solehah " untuk " suami sejati ", bukanlah senang. Kadang-kadang, terkasar bahasa, terlanjur bicara. Masih banyak kelemahan dalam diri dalam merealisasikan impian di hati sebagai " Isteri Solehah ".

Namun, aku tetap bersyukur kerana dikurniakan seorang suami penyayang serta berbudi. Sentiasa mengajar serta membimbingku untuk mendapatkan REDHA Illahi. Ada kala terdengar teguran, sangat membina walaupun terkadang hati berkata " Ya Allah, teruknya aku sebagai isteri...masih dengan sikap yang lama.."

Buat para wanita yang " bakal " menjadi isteri buat suami tercinta mahupun buat mereka yang bergelar " wanita ", persiapkanlah dirimu sebaik-baiknya dalam meredah " alam lehidupan " di hadapan sana. Cepat atau lambat buan persoalan, akan tetapi sejauh manakah persiapan kita dalam menghadapi kehidupan yang lebih mencabar untuk menjadi " Isteri Solehah " kelak..

Buat " PERMATAKU "...aku bersyukur Allah utuskan " Kau " sebagai suamiku. Suami yang banyak membimbingku serta mengajarku tentang agama. Yang tiada henti-henti mengalunkan kalimah-kalimah cintaNya buat penyejuk jiwa. Menjadi " Imamku " taktala menghadap Yang Maha Esa...Allahuakbar!!

Ya Rabbi, Tuhan sekalian Alam yang mejadikan setiap sesuatu itu berpasang-pasangan...Kurniakanlah buat kami zuriat-zuriat yang soleh dan solehah, hafiz dan hafizah, yang menjadi penyejuk mata buat bonda serta ayahanda, yang menjadi bekalan pahala kami di akhirat kelak. Mudahkan kami dalam melayari bahtera rumahtangga dan kekalkan lah ia sehingga kami bersama-sama ke dalam " Syurga Firdausi " Mu..Amiinn...  ^_^ ...............

Perjuangan Di Perantauan..

      Detik masa terus berlalu. Sedar atau tidak, aku sudah pun melangkah ke dunia baru. Tapi, bagi mereka yang masih diulit mimpi dunia akan terus hanyut dalam alam penuh fatamorgana. Perjuangan kini makin rancak dan sengit, masing-masing dengan haluan sendiri. Namun, kita tetap diberi pilihan olehNya tanda tulus kasih sayang buat hambaNya yang beriman. Antara laluan kanan mahupun laluan kiri? Pilihan di akal dan hati sendiri.

Perjuangan di perantauan, pengalaman pertama dalam menempuhi kehidupan yang penuh berliku. Aku kuatkan tekad, kadang-kadang seakan mahupun tersungkur. laungan semangat dan dorongan dari  "PERMATAKU" meningkatkan balik azam di jiwa untuk bangkit. Tanpa jemu memberikan aku kekuatan sedang aku tahu dalam hatinya jua memerlukan kekuatan dariku untuk sama-sama berjuang di medan ini.

Bagi mereka yang ingin mengikuti, nantikan " kisah " yang bakal menanti. Moga "kisah" ini dapat dijadikan tarbiyyah sekali gus dakwah buat kita bersama.

                                  " PERMATAKU..".




( Titisan hangat..)

Tika kaki melangkah turun dari kapal terbang, ku hirup udara tanah anbiya’..tiba-tiba suara suami membisikkan di telinga, “ Assalamualaikum ya Rasulullah…” Tika itulah titisan hangat mengalir tanda rasa syukur yang tidak terhingga. Ya Rasulullah, meskipun aku tidak sempat melihat wajahmu sudah cukup bagiku untuk sampai ke tanah yang penuh dengan dakwahMu untuk seluruh alam..Meremang bulu roma saat ketika di mana rindu yang teramat kepada baginda tiba2 datang menerjah..Akan aku kutip cebisan-cebisan mutiara yang kau tinggalkan kepada para ulamak di sini sebagai bekalan buatku memenuhi ilmu di dada.

“Abang, sampai juga kita di sini.”

“Alhamdulillah..Allah sampaikan kita dengan selamat, moga Allah berikan yang terbaik buat kita di sini.” suara suami pembakar semangat.

Kami dengan kumpulan penerbangan yang lain tiba di Airport Cairo jam 2 pagi. Keletihan terasa setelah 10 jam berada dalam penerbangan. Tiba di pintu ketibaan keletihan pegawai dan pelajar-pelajar lain datang menyambut kami dengan penuh mesra. Kami di berikan penerangan sebelum tiba di perhentian seterusnya. Aku dan suami duduk berasingan memandangkan ramai yang belum ketahui akan pernikahan kami. Sekitar 20 minit, tiba di rumah persinggahan dirumah-rumah kebajikan di mana rumah setiap negeri ada di sana. Memandangkan kami di bawah tajaan Yayasan Pahang, kami diberikan tempat tinggl sementara di rumah Pahang.
Jam 3.30 pagi, masih belum dibenarkan masuk ke bilik oleh kerana waktu subuh hampir tiba.

“Apalah yang abang tengah buat sekarang..ermm..” bisikku sendirian. Rasa rindu tiba-tiba teringat pada abang.

Keesokannya, kami diberi taklimat oleh Pegawai Atase Pendidikan. Selepas itu, kami mengikuti program orentasi yang dianjurkan oleh BKMIP Pahang. Mendengar ceramah demi ceramah yang diberi. Namun, aku bukan dalam alam realiti. Memikirkan suami tercinta dengan rindu yang membuak-buak.

“2 hari sudah tidak ku dengar suara dia.” Aku berkata sendiri.

.......................

* nantikan kemunculannya.....




Wednesday, 6 March 2013

RINDU BERPUTIK...

Manis wajah tersenyum ceria..
Gelak tawa sukanya jiwa..
Sedang hati berduka lara..
Menanti saatnya pemergian...
Bidadari syurga..

Taktala itu..

Rindu yang tersemat..
Berputik kembali..
Hingga terasa..
Tajamnya duri nikmat itu..

Sedang jiwa mengutip kekuatan..

Menghilang sakit perit tak terkata..
Menahan hiba sebaknya di dada..
Hanya terasa hangatnya air mata..
Menitis basah tak siapa menduga..

Duhai suami tercinta..

Marilah bersama..
Kita buktikan pada mereka..
Bahawa kita boleh berjaya..
Dunia Akhirat kekal selamanya..


Hadiqoh Azhar Cairo Mesir 2013