Perjuangan di perantauan, pengalaman pertama dalam menempuhi kehidupan yang penuh berliku. Aku kuatkan tekad, kadang-kadang seakan mahupun tersungkur. laungan semangat dan dorongan dari "PERMATAKU" meningkatkan balik azam di jiwa untuk bangkit. Tanpa jemu memberikan aku kekuatan sedang aku tahu dalam hatinya jua memerlukan kekuatan dariku untuk sama-sama berjuang di medan ini.
Bagi mereka yang ingin mengikuti, nantikan " kisah " yang bakal menanti. Moga "kisah" ini dapat dijadikan tarbiyyah sekali gus dakwah buat kita bersama.
" PERMATAKU..".
( Titisan hangat..)
Tika kaki melangkah turun dari
kapal terbang, ku hirup udara tanah anbiya’..tiba-tiba suara suami membisikkan
di telinga, “ Assalamualaikum ya Rasulullah…” Tika itulah titisan hangat
mengalir tanda rasa syukur yang tidak terhingga. Ya Rasulullah, meskipun aku
tidak sempat melihat wajahmu sudah cukup bagiku untuk sampai ke tanah yang
penuh dengan dakwahMu untuk seluruh alam..Meremang bulu roma saat ketika di
mana rindu yang teramat kepada baginda tiba2 datang menerjah..Akan aku kutip
cebisan-cebisan mutiara yang kau tinggalkan kepada para ulamak di sini sebagai
bekalan buatku memenuhi ilmu di dada.
“Abang, sampai juga kita di
sini.”
“Alhamdulillah..Allah sampaikan
kita dengan selamat, moga Allah berikan yang terbaik buat kita di sini.” suara
suami pembakar semangat.
Kami dengan
kumpulan penerbangan yang lain tiba di Airport Cairo jam 2 pagi. Keletihan
terasa setelah 10 jam berada dalam penerbangan. Tiba di pintu ketibaan
keletihan pegawai dan pelajar-pelajar lain datang menyambut kami dengan penuh
mesra. Kami di berikan penerangan sebelum tiba di perhentian seterusnya. Aku
dan suami duduk berasingan memandangkan ramai yang belum ketahui akan
pernikahan kami. Sekitar 20 minit, tiba di rumah persinggahan dirumah-rumah
kebajikan di mana rumah setiap negeri ada di sana. Memandangkan kami di bawah
tajaan Yayasan Pahang, kami diberikan tempat tinggl sementara di rumah Pahang.
Jam 3.30 pagi, masih belum
dibenarkan masuk ke bilik oleh kerana waktu subuh hampir tiba.
“Apalah yang abang tengah buat
sekarang..ermm..” bisikku sendirian. Rasa rindu tiba-tiba teringat pada abang.
Keesokannya,
kami diberi taklimat oleh Pegawai Atase Pendidikan. Selepas itu, kami mengikuti
program orentasi yang dianjurkan oleh BKMIP Pahang. Mendengar ceramah demi
ceramah yang diberi. Namun, aku bukan dalam alam realiti. Memikirkan suami
tercinta dengan rindu yang membuak-buak.
“2 hari sudah tidak ku dengar
suara dia.” Aku berkata sendiri.
.......................
* nantikan kemunculannya.....

No comments:
Post a Comment